Wednesday, November 6, 2013

ISSKF Anugerah 6th DAN Kepada Pengasas Shotoshinkai Malaysia

Pengasas Persatuan Karate-DO Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain P.J.K., P.J.M.,telah diberi penghormatan oleh International Shoto Shinkai Karate-Do Federation (ISSKF), Scott Arkansas, Amerika Syarikat (Ibu Pejabat), di atas sumbangan dan kegigihan beliau bergiat aktif dalam seni Karate. Beliau yang mula mengenali karate (BUDOKAN) pada tahun 1977 sewaktu berkhidmat di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, banyak memberi inspirasi dan bantuan terhadap penubuhan beberapa kelab dan persatuan karate di Malaysia khususnya. Antaranya seperti Persatuan Talipinggang Hitam Karate Budokan Malaysia, Gabungan Karate-Do Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Persatuan Karate-do Kusano-Ha Kenpo, Persatuan Karate-do Kanazawa-ryu Shotokan, Kelab Karate International Islamic University of Malaysia (UIAM), University Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM)– Kampus Kuala Terengganu, Persatuan Karate-do Daerah Seberang Perai Tengah dan Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan, Sabah. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Shotokan (SKIF) kepada Polis Diraja Malaysia, yang mana digunakan oleh PDRM sehingga hari ini.

Semua Jurulatih, Pelajar dan Ibu Bapa dalam Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan turut merasa bangga dengan penganugerahan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Shihan Ridzuan Md. Zain. Semoga dengan ini, Shotoshinkai Malaysia lebih dikenali dan disegani oleh rakan-rakan dari persatuan lain.

Osssuuu!!!

Thursday, April 25, 2013

40 PELAJAR SHOTOSHINKAI SERTAI SEMINAR KARATE SHOTO TAIKAI

Pada 14 April 2013, bertempat di dewan Sm St Mary Sandakan, seramai 40 orang pelajar termasuk jurulatih dari persatuan karate shotoshinkai telah menyertai seminar karate yang dianjurkan oleh Persatuan kendo dan karate shotokan daerah sandakan. Seminar ini dikendalikan oleh Kyoshi Alex Sham, 6th Dan dari Shoto Taikai Karate-do. Beliau suatu ketika dahulu bukanlah asing dalam dunia karate khusunya di Sabah, malah turut dikenali di peringkat dunia. Beliau pernah melatih skuad Karate Sabah dan pada ketika itu Sabah muncul kuasa besar dalam sukan karate. Sabah suatu ketika dahulu pernah menjuarai kejohanan karate kebangsaan 10 tahun berturut-turut di bawah kendalian beliau. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar 12.30 tengah hari.

SEMINAR KARATE DAN UJIAN PENINGKATAN TAHAP TALI PINGGANG KALI KE-2

Pada 31 Mac 2013 yang lepas, Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan sekali lagi telah berjaya menganjurkan Seminar karate dan ujian peningkatan tahap tali pinggang kali yang kedua setelah ianya kali terkahir diadakan pada 2011. Seminar dan ujian ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Shihan Ridzuan Md. Zain, Pengasas Aliran Shotoshinkai Karate-do di Malaysia. Beliau berada di sandakan selama 4 hari bersama isteri beliau, Pn. Noormah Kamarudin. Program kali ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kalinya persatuan ini berjaya melahirkan generasi pertama Tali Pinggang Hitam Shodan seramai 5 orang. Mereka bersama beberapa orang pelajar telah menjalani latihan intensif pada setiap malam, enam kali seminggu dan setiap sesi latihan mengambil masa selama dua jam. latihan Intensif tersebut bermula sejak 3 September 2012 dan berakhir pada 30 Mac 2013. Berikut merupakan sedikit catatan berkaitan perjalanan program ini.

Hari Pertama (30/03/2013)
Ketibaan beliau di lapangan terbang sandakan disambut oleh beberapa orang pelajar senior dari persatuan ini dan juga para jurulatih shotoshinkai di sandakan. Setelah itu, beliau dan isteri dibawa ke salah sebuah restoran di batu 7 sandakan untuk makan malam. 

Hari Kedua (31/03/2013)
Bertempat di ruang legar Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Sandakan, ujian tersebut telah dimulakan seawal pukul 8.30 pagi dengan didahului oleh pelajar-pelajar yang mengambil ujian dari 10th kyu ke 9th kyu dan sehinggalah dari 1st kyu ke 1st Dan (shodan). Seramai 31 orang pelajar telah mengambil ujian  pada kali ini termasuklah 5 orang pelajar senior yang mengambil ujian ke Tali Pinggang Hitam. berikut merupakan senarai nama pelajar yang telah berjaya dalam ujian tersebut. 

Nama
Ke
Mohd Airil Bin Bernadine
9th Kyu
Muhd Zufairi Bin Subari
9th Kyu
Noris Amirah Binti Subari
9th Kyu
Nur Airysha Zuhairah Louis
9th Kyu
Nur Amzhira Binti Masjidil
9th Kyu
Mohd Al Amin Ahmadul
9th Kyu
Mohd Daniel Bin Al-Radzpel
8th Kyu
Jonathan Norbert
8th Kyu
Mohd Sabri Bin Baba
7th Kyu
Mohd Aiman Zachery Louis
7th Kyu
Mohd Aisaac Zuhayr Louis
7th Kyu
Mohd Syafizul Ezzad Bin Ebnuh
6th Kyu
Muhd Aiman Rusyaidi Bin Fauzi
6th Kyu
Mohd Norsyahidan Bin Sumardi
5th Kyu
Muhd Aiman Syahmi Bin Tahir
5th Kyu
Royham Bin Barri
4th Kyu
Mohd Nor Irfan Bin Azwan
4th Kyu
Nurhidayatul Hikmah Binti Malin
4th Kyu
Muhd Danish Akmal Bin Tahir
4th Kyu
Abdulsyah Bin Abdullah
4th Kyu
Nur Waznah Farzana Binti Tahir
4th Kyu
Reoslin Bin Ibrahim
4th Kyu
Muhd Faidhi Armizi Bin Bruhan
3rd Kyu
Al-Sirudin Bin Samson
3rd Kyu
Abdul Hasad Bin Barri
2nd Kyu
Muhd Amirul Hakimi Bin Malin
2nd Kyu
Louis Lolin
1st Dan
Malin Bin Manni
1st Dan
Mohd Jihan Bin Sudario
1st Dan
Tahir Bin Hj. Nahar
1st Dan
Azwan Inggong Abdullah
1st Dan

Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih kurang 80 orang telah menyertai seminar karate yang dikendalikan oleh Shihan Ridzuan. Peserta seminar ini terdiri daripada Kelab Karate ILP Sandakan, Kelab Karate Tanjung Papat, Kelab Karate Tinusa dan kelab karate Kobe Osaka Sandakan. Dalam seminar ini, pelbagai teknik tangkapan dan teknik melepaskan diri dari kuncian musuh telah diajar oleh Shihan Ridzuan. Rata-rata peserta merasa sangat gembira dan seronok dalam seminar kali ini. Hal ini dapat dilihat dari kesungguhan dan riang tawa mereka semasa mengikuti seminar. Selepas itu, Shihan Ridzuan mengambil kesempatan melatih kata Enpi dan Jion beserta bunkai kepada para senior dari kelab-kelab yang terlibat. 

Acara pada petang itu diakhiri dengan majlis penyampaian sijil tauliah jurulatih dan pembantu jurulatih kepada beberapa orang pelajar yang layak. kemudian majlis penyampaian Diploma Shodan turut dibuat dan disampaikan kepada semua pelajar yang berjaya.

Pada sebelah malamnya pula, palajar shotoshinkai mengambil kesempatan berlatih bersama-sama Shihan dan syukur ke hadrat ilahi kerana pelajar tersebut mendapat ilmu yang baru dari Shihan iaitu Bunkai dan Kata BASSAI SHO dan KANKU SHO.

Hari Ketiga (01/04/2013)
Pakwan dan Isteri dibawa bersiar-siar sekitar daerah sandakan oleh Sensei Abdullah dan Senpai Azwan ke tempat-tempat menarik seperti RDC, Taman Buaya dan  bandar sandakan. Pada sebelah malamnya pula beliau dan isteri diraikan dalam satu majlis makan malam yang ringkas di sekitar bandar sandakan oleh beberapa orang pelajar senior shotoshinkai.

Hari Keempat (02/04/2013) 
Shihan Ridzuan dan isteri berangkat pulang ke Pulau Pinang. Para pelajar mengambil kesempatan menyampaikan cenderakenangan kepada Shihan pada hari tersebut dan berharap akan dapat berjumpa lagi di tahun yang akan datang.

* Pada Kesempatan ini, saya Alnadine Barri ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha dan kerjasama dari semua pihak terutama sekali pelajar-pelajar intensif kerana dengan bantuan anda, program ini berjaya diadakan. Kepada Saudara Malin Manni, Louis Lolin, Azwan Inggong, Abdullah Hj. Abd Halil, Aliuddin Abd. Kadir dan Kahar Hj. Tahir, terima kasih  saya ucapkan.

* Tidak lupa juga buat Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol, terima kasih atas sokongan dan komitmen sensei selama ini dalam memastikan persatuan ini terus aktif.



disediakan oleh,
Alnadine Barri.


Sunday, March 10, 2013

LATIHAN BERSAMA DI DOJO KELAB KARATE-DO TANJUNG PAPAT SANDAKAN (KKTPS)

Karate dicipta untuk tujuan keamanan, bukan sebaliknya. Tiada siapa yang boleh melabel atau dilabel sebagai seorang karateka yang hebat, kerana sehebat-hebat seseorang, ada lagi insan yang lebih hebat dari dirinya. Ilmu karate yang ada pada diri kita, janganlah dibangga-banggakan sebaliknya perlu dikongsi demi kebaikan bersama. Menyedari hakikat itu, Persatuan Karate-do Shotoshinkai Sandakan telah mendapat jemputan dari Kelab karate-do Tanjung Papat Sandakan untuk menjalani latihan bersama di Dojo KKTPS, Jalan Sim-Sim Sandakan. Kedatangan kami disambut dengan penuh hormat dan amat dinanti-nantikan oleh pihak KKTPS. 


Sebelum sesi latihan bermula, kami mengambil sedikit masa untuk berlatih mengenai SEIZA, iaitu cara hormat dalam karate Tradisional suatu ketika dahulu. Latihan ini diketuai oleh Sensei Shim Yee Fong dari salah sebuah kelab karate yang ada di sandakan. Latihan ini juga adalah sebagai persediaan untuk seminar yang akan diadakan pada 14 April 2013 nanti yang mana Jurulatih jemputan pada waktu itu ialah Sensei Alex Sham. Setelah selesai, latihan seiza, Sensei Somi mengambil alih sesi latihan dengan memperkenalkan beberapa teknik kumite yang sering kali digunakan dalam setiap perlawanan. Teknik tersebut merupakan teknik asas dan boleh dipelbagaikan lagi mengikut kemampuan seseorang. Meskipun masa yang diambil untuk kumite adalah singkat, namun itu cukup bermakna buat kami semua.

Latihan Kata diteruskan dan dikendalikan oleh Sensei Alnadine Barri. Latihan dimulakan dengan kata asas iaitu Taikyokyu Shodan sehingga kata Kanku Dai. Disamping itu, karateka dari KKTPS juga mengambil kesempatan dengan mempersembahkan Kata Berpasukan lelaki dan wanita mereka untuk diberi perhatian serta dinilai oleh Sensei Alnadine. Ternyata, persembahan mereka sangat baik dan masih boleh diperbaiki lagi. Meskipun tidaklah sehebat jurulatih yang sememangnya pakar dalam Kata, beliau sempat memberi sedikit panduan tentang aspek-aspek yang perlu ada dan perlu ditekankan dalam kata berpasukan. Latihan tamat kira-kira pukul 9.30 malam dan jika berkesempatan, pihak KKTPS akan bertandang pula ke Dojo Shotoshinkai kelak. Pihak Shotoshinkai mengucapkan jutaan terima kasih kepada KKTPS atas jemputan dan penghormatan yang diberikan.



Alnadine Barri
10 Mac 2013

Saturday, March 9, 2013

LATIHAN PERTAMA DI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SANDAKAN

Syukur ke hadrat ilahi kerana Persatuan Karate-do Shotoshinkai Sandakan telah berjaya melebarkan sayap untuk menubuhkan kelab karate di Institut Latihan Perindustrian Sandakan. Minat yang mendalam mendorong Jurulatih Kanan, En. Alnadine Barri membuat permohonan untuk mengadakan latihan di institut berkenaan kepada Pengarah ILP Sandakan. Maklumbalas yang diterima adalah positif dan latihan pertama telah dibuat pada 20hb Februari 2013. Memandangkan Kokurikulum di ILP diadakan setiap hari Rabu, pukul 3.00 petang, En. Alnadine tidak dapat melaksanakannya kerana beliau bekerja pada masa berkenaan. Walaubagaimanapun, menurut En. Suhaidi Mustar, beliau boleh menarik masa kokum pada waktu malam. Oleh demikian, latihan tersebut diadakan setiap hari Rabu, jam 7.45 malam hingga 9.45 malam. Menurut En. Suhaidi lagi, beliau amat mengalu-alukan sekiranya terdapat kakitangan atau anak kakitangan ILP yang berminat untuk menyertai kelab tersebut.

Pada kesempatan ini, pihak persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah ILP Sandakan atas kepercayaan dan kebenaran yang diberikan oleh beliau untuk Shotoshinkai menubuhkan kelab dan seterusnya mengadakan latihan di institut berkenaan.
    Sesi latihan dilaksanakan oleh para Senior Belt Shotoshinkai. Ianya adalah sebagai pendedahan kepada mereka tentang cara pengendalian kelas. Para Senior belt ini akan mengambil ujian pada 31 Mac 2013 ke tahap Black Belt 1st Dan (Shodan)

Bersama barisan pembantu jurulatih dan pelajar-pelajar ILP Sandakan



Disediakan oleh;
Alnadine Barri
8 Mac 2013

Wednesday, February 13, 2013

TAHNIAH!!! UJIAN PENINGKATAN TAHAP TALI PINGGANG LATIHAN INTENSIF SIRI 5 (AKHIR)

11 Februari 2013, Isnin bertempat di SMK Merpati Sandakan, Ujian Peningkatan Tahap Tali Pinggang untuk latihan intensif berjalan dengan lancar dan sangat membanggakan. Mana tidaknya, semasa ujian, para pelajar mempamerkan prestasi yang cemerlang dan berada di tahap yang tersendiri. Ujian dikendalikan oleh saya sendiri (Alnadine Barri) dan dibantu oleh Sensei Abdullah pada pukul 8.30 malam. Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dan bangga dengan perubahan yang ditunjukkan. Semoga pada ujian yang seterusnya bersama Pengasas Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain para pelajar dapat mempamerkan tahap prestasi seperti pada ujian semalam. Antara pelajar yang mengambil ujian dan berjaya ke tahap seterusnya ialah;

Bil Nama
Dari (kyu)
Ke (kyu)
1 Reoslin Ibrahim 6th Kyu 5th Kyu
2 Al-Sirudin Bin Samson 5th Kyu 4th Kyu
3 Aliuddin b. Abd Kadir 5th Kyu 4th Kyu
4 Abdul Hasad Bin Barri 4th Kyu 3rd Kyu
5 Mohd Jihan Sudario 2nd Kyu 1st Kyu
6 Kahar @ Tahir Hj. Nahar 2nd Kyu 1st Kyu
7 Azwan Inggong Abdullah 2nd Kyu 1st Kyu
8 Louis Lolin 2nd Kyu 1st Kyu
9 Malin Bin Manni 2nd Kyu 1st Kyu
  

Insyaallah pada 31 Mac 2013, seramai 5 orang pelajar akan mengambil ujian ke Tali Pinggang Hitam 1st Dan (SHODAN). Mereka adalah;

1Mohd Jihan Sudario
2Kahar @ Tahir Hj. Nahar
3Azwan Inggong Abdullah
4Louis Lolin
5Malin Bin Manni

Tuesday, January 8, 2013

Jadual Latihan 2013

Bermula pada 5 Januari 2013, masa dan tempat latihan adalah seperti berikut;

Dewasa (Latihan Intensif)

Hari: Isnin hingga Sabtu
Masa: 7.30 Malam - 9.00 Malam
Tempat: SMK Merpati Sandakan

Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

Hari: Sabtu
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Komplek Sukan Sandakan
Jurulatih: En. Alnadine Barri & En. Abdullah Hj. Abd Halil

Hari: Ahad
Masa: 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat: Komplek Sukan Sandakan
Jurulatih: Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa

Skuad Elit Shotoshinkai
Hari: Selasa
Masa: 7.30 malam - 9.00 malam  
Tempat: SMK Merpati Sandakan

Kelab Karate-Do Shotoshinkai ILP Sandakan
Hari: Rabu
Masa: 7.45 malam - 9.45 malam
Tempat: Ruang legar Dewan Besar ILP
Jurulatih: En. Alnadine Barri 

Kelab Karate-Do Shotoshinkai SMK Muhibbah
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat: Tapak perhimpunan SMK Muhibbah
Jurulatih: Senpai Louis Lolin & Senpai Malin Manni

Berkuatkuasa 5.01.2013, Yuran latihan bulanan adalah seperti berikut;
Yuran Keahlian Tahunan: RM 10.00

Pelajar Sekolah:  RM 10.00

Dewasa: RM 20.00