Thursday, April 26, 2012

Program Latihan Bersama Antara Persatuan/ Kelab Karate-do di Daerah Sandakan


Program latihan bersama antara Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Sandakan (SKA) dan Kobe Osaka Sandakan Karate-Do (KOSK) telah berlangsung pada 1 april 2012 di Dewan SMK Agama Sandakan. Program ini adalah cetusan idea daripada jurulatih shotoshinkai yang ingin melihat semua persatuan karate yang ada di daerah Sandakan bergabung dalam satu program yang boleh menghimpunkan semua ahli karate. Idea ini kemudian mendapat sokongan dan kerjasama dari jurulatih kobe Osaka Sandakan yang akhirnya membawa kepada penganjuran program seperti ini.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi berjaya menghimpunkan seramai 130 orang karate-ka dari 4 persatuan iaitu;

·    1. Persatuan Kanazawa-ryu Shotokan Karate Sandakan (KSKA) – seorang jurulatih dan 2 orang pelajar.
·     2. Persatuan Karate Kobe Osaka Sandakan – seorang jurulatih bersama 46 orang pelajar.
·    3. Persatuan Karate-do Shotoshinkai Daerah Sandakan – 3 orang jurulatih bersama 71 orang pelajar.
·     4. Kelab Karate Daerah Beluran – seorang jurulatih bersama 8 orang pelajar.

Aktiviti dimulakan dengan sesi memperkenalkan barisan Jurulatih dari setiap persatuan yang terdiri daripada Sensei Hasnaol, Sensei Abdullah, Sensei Alnadine ( SKA ), Sensei Somi (KOSK), Sensei Shim (KSKA) dan Sensei Jack dari Kelab Karate Daerah Beluran. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti senaman dan regangan yang dikendalikan oleh saudara Azizol Awang selama lebih kurang 20 minit.  

Selepas berehat selama lebih kurang 3 minit, Slot aktiviti pada hari berkenaan diteruskan dengan menjemput sensei Shim Yee Foong dari KSKA untuk berkongsi pengalamannya dalam seni karate. Beliau lebih menekankan aplikasi beberapa pergerakan asas karate seperti Gedan Barai  yang mana berjaya menarik minat peserta untuk memberikan perhatian. Setelah itu, slot program diteruskan oleh Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa dari Shotoshinkai Sandakan yang mana telah mengandalikan satu slot yang cukup penting dalam karate iaitu pergerakan asas (KIHON). Dalam slot tersebut, beliau telah menyentuh beberapa aspek disiplin semasa latihan dan bagaimana melakukan sesuatu pergerakan asas dengan betul.

Slot untuk latihan KATA dikendalikan selepas itu oleh Sensei Alnadine Barri (SKA Sabah) dan KUMITE oleh Sensei Somi (KOSK) sebelum majlis penutupan ringkas diadakan kemudiannya. Sesi bergambar beramai-ramai dibuat sebelum proram berakhir lebih kurang jam 12.30 tengah hari pada hari tersebut. Aktiviti ini pada keseluruhannya telah berjaya dianjurkan kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada 4 persatuan karate yang ada di Sandakan. Diharap, program-program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang agar persefahaman dan perasaan saling hormat menghormati di kalangan karate-ka sentiasa ada dalam diri setiap pelajar.







Shotoshinkai SABAH berkunjung ke Dojo Sensei Lily Untuk Porgram Latihan Bersama


Persatuan Karate-do Shotoshinkai Daerah Sandakan baru-baru ini telah berkunjung ke Dojo Sensei Lily Linus di Komplek Sukan Sandakan untuk mengadakan latihan bersama kelab beliau. Seramai 42 orang pelajar dan 3 orang jurulatih Shotoshinkai terlibat dalam program ini. Usaha murni ini telah dicetuskan oleh Sensei Hasnaol yang mahu semua pelajar Shotoshinkai menimba ilmu daripada Jurulatih lain. Sensei Lily tidak asing lagi bagi pengamal karate era 90-an kerana beliau merupakan atlit karate Malaysia dalam acara KATA suatu ketika dahulu. Beliau sebelum ini pernah berlatih bersama Sensei Hasnaol di bawah kendalian Kyoshi Patrick Yap dari Persatuan Karate Sabah cawangan Sandakan dan berada dalam satu pasukan mewakili negeri sabah ke pelbagai kejohanan karate peringkat kebangsaan.

Program ini diharap dapat membuka mata pelbagai pihak untuk terus menjalin kerjasama dan silaturrahim antara persatuan lain agar sukan dan senibela diri karate ini berkembang pada masa akan datang. Karate jangan lagi dipolitikkan demi kepentingan peribadi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sensei Lily Linus diatas kesudian menerima kunjungan kami. Osssuu!!!


Up-Grading Test Siri 1/2012

Pada 20 Mac 2012 (selasa) bertempat di Dewan Arena Belia Sandakan, Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan, Sabah telah mengadakan ujian kenaikan tali pinggang siri 1/2012. Ujian ini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah, Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa (3rd DAN) yang telah diberi mandat oleh Pengasas Shotoshinkai Malaysia sebagai ketua penilai ujian di negeri ini. Seramai 33 orang pelajar telah menduduki ujian dan pada asasnya, kesemua mereka melepasi ujian tersebut. Sementara itu, dalam ucapan Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah, beliau berharap agar setiap pelajar dapat meningkatkan mutu serta kualiti pergerakan asas ( KIHON ) karate dan memikul tanggungjawab sebagai pemegang tali pinggang yang telah diberikan.













BIL
NAMA
KYU ( RANK )
1
MUHD SHUZRIAN BIN SAKARAN
9th Kyu ( Kuning )
2
SURIANSYAH BIN MOHD SUPIAN
9th Kyu ( Kuning )
3
RIDZUAN SHAH BIN SING
9th Kyu ( Kuning )
4
MOHD HAIKAL AFIQ
9th Kyu ( Kuning )
5
NORIMAN OTHMAN
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
6
KAHAR @ NAHAR HJ. TAHIR
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
7
MUHD FAIZ IZZUDDIN BIN ABDUL SAMAD
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
8
MOHD JIHAN BIN SUDARIO
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
9
MOHD AIMAN ZACHERY
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
10
MOHD AISAAC ZUHAYR
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
11
MUHD AIMAN RUSYAIDI
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
12
MOHD SYAFIZUL EZZAD
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
13
NUR HAFIZAH BINTI SHAHRIL
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
14
AIMAN SYAHMI BIN KAHAR
8th Kyu ( Kuning strip Oren )
15
ROYHAM BIN BARRI
7th Kyu ( Oren )
16
MOHD NOR IRFAN
7th Kyu ( Oren )
17
AZWAN INGGONG ABDULLAH
7th Kyu ( Oren )
18
MUHD NORSYAHIDAN BIN SUMARDI
7th Kyu ( Oren )
19
ADIB AFIFI BIN ALIUDDIN
7th Kyu ( Oren )
20
SYAHFIKAH BINTI ABDULLAH
7th Kyu ( Oren )
21
NURSHANI BINTI AMSAIN
7th Kyu ( Oren )
22
MOHD AMNIZAM BIN AMSAIN
7th Kyu ( Oren )
23
ABDULSYAH BIN ABDULLAH
6th Kyu ( Hijau )
24
ISMAIL BIN MARDAN
6th Kyu ( Hijau )
25
MALIN BIN MANNI
6th Kyu ( Hijau )
26
LOUIS LOLIN
6th Kyu ( Hijau )
27
NURHIDAYATUL HIKMAH BINTI MALIN
6th Kyu ( Hijau )
28
ZULFAKI RAHIM
6th Kyu ( Hijau )
29
MUHAMMAD DANISH AKMAL
6th Kyu ( Hijau )
30
MUHD NAQIUDDIN SYAKIR BIN ABDUL SAMAD
6th Kyu ( Hijau )
31
NURWAZNAH FARZANA
5th Kyu ( Biru )
32
OTHMAN BIN AMIRSHAH
5th Kyu ( Biru )
33
MUHD AMIRUL HAKIMI BIN MALIN
4th Kyu ( Ungu )

2 Emas, 4 Perak & 5 Gangsa di Kejohanan Karate KOI Terbuka Kota Kinabalu 2012


Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan telah menyertai Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu 2012 yang berlangsung pada 25 dan 26 Februari Di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Karate Kobe Osaka International, KK Sabah sempena sambutan perayaan ulang tahun  bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam kejohanan tersebut, SKA Sandakan telah menghantar seramai 35 orang atlit dalam acara yang berlangsung selama dua hari itu. Pada hari pertama, pasukan SKA Sandakan berjaya meraih satu pingat emas dan perak menerusi acara kata individu. Pingat emas diraih menerusi acara kata perseorangan lelaki oleh adik Mohd Amirul Hakimi Malin dan perak menerusi acara kata perseorangan wanita menerusi adik Nurhidayatul Hikmah Malin. 

Pada hari kedua kejohanan, pasukan SKA Sandakan menambah koleksi kutipan pingat menerusi acara kumite. 4 pingat perak dan 4 gangsa telah diraih pada hari kedua kejohanan dan menjadikan keseluruhan kutipan pingat sebanyak 11 pingat. Jika dibuat analisis dari tahun 2010 sehingga 2012, Persatuan ini telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan. Mana tidaknya pada 2010 SKA Sandakan hanya mampu meraih 1 Perak dan 3 Gangsa, 2011 pula dengan 2 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Berikut merupakan analisis pungutan pingat dalam bentuk Jadual.

Nama Kejohanan
Tahun
Pingat
Emas
Perak
Gangsa
KK Open Karate Cup
2010

1
3
KK Open Karate Cup
2011
2
2
2
KK Open Karate Cup
2012
2
4
5











Berikut merupakan senarai atlit yang telah mewakili Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan pada kejohanan tersebut;

Nama
Acara
Pingat
Emas
Perak
Gangsa
MOHD. HAIKAL YUSRI
Kumite



MOHD. DANISH AKMAL
Kumite



ROYHAM
Kumite



MOHD. NORSYAHIDAN
Kumite



NUR WAZNAH FARZANA
Kumite



MOHD HAIKAL AFIQ
Kumite



MUHD. HAZIM AZIZI
Kumite



MOHD. AMIRUL HAKIMI
Kumite & Kata
1
1

MOHD. HAMIZAN
Kumite



MOHD AL-AMIN
Kumite



MOHD. ANWAR
Kumite



MUHD. FAIDHI ARMIZI
Kumite



MOHD. FAUZAN
Kumite



JAMIE GEOREMY
Kumite



MUHD. SYAFIQ ASYRAF
Kumite



ABDUL SYAH
Kumite



MOHD.ADEEL IRFAN
Kumite
1


AZIZOL
Kumite

1

LOUIS
Kumite


2
OTHMAN
Kumite

1
1
MOHD.JIHAN
Kumite


1
ABDULLAH
Kumite

1

ALNADINE
Kumite & Kata

1

HAMIZAH
Kumite



ABDUL RAHMAN
Kumite

1

HAFIZUDDIN
Kumite



NUR HIDAYATUL HIKMAH
Kumite & Kata

1
1
MUHD. AIMAN SYAHMI
Kumite



ADIB AFIFI
Kumite



MOHD. AL-HAFIZ
Kumite



MUHD.HAZIM AZIZI
Kumite



KHAIRIZZAN
Kumite



PHIL MAC
Kumite



SHAHRIL
Kumite


1