Tuesday, October 2, 2012

Riadah Keluarga Shotoshinkai Di Hujung Minggu

Sejak sekian kalinya berlatih setiap hujung minggu dan setiap malam untuk pelajar dewasa yang mengikuti latihan intensif, para pelajar dan jurulatih sebulat suara ingin mengadakan aktiviti riadah yang melibatkan semua ahli. Tarikh 29 September 2012 (Sabtu) telah dipilih untuk program berkenaan dan lokasi yang dicadangkan ialah Kolam Renang Kompleks sukan Sandakan.

Seawal pukul 7.00 pagi para pelajar telah berkumpul di perkarangan kompleks sukan meskipun waktu yang ditetapkan untuk berkumpul adalah pukul 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar dan Jurulatih bergerak ke kolam renang dengan membawa pakaian masing-masing. Semasa di kolam renang, pelajar dewasa mendominasi keadaan kerana mereka merupakan pengunjung yang paling menonjol. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti mereka lakukan semasa berada di kolam renang.

Walau apapun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut, objektif utama yang ingin dilihat oleh jurulatih adalah hubungan kekeluargaan antara ahli. Dengan aktiviti sebegini hubungan  slaturrahim di antara pelajar diharap akan bertambah erat. Selain itu, aktiviti ini juga dibuat adalah untuk meningkatkan daya stamina serta mencergaskan semula anggota badan yang selama ini dihimpit kesakitan semasa latihan. Aktiviti kekeluargaan ini akan diadakan sekali sekala dan cadangan seterusnya adalah beriadah di Air terjun bakung-bakung.

Ujian Peningkatan Tahap Tali Pinggang untuk Latihan Intensif

Pada 20 September lepas, buat pertama kalinya, pelajar-pelajar yang menyertai Latihan Intensif ke Tali Pinggang Hitam Shodan telah menduduki ujian peningkatan tahap tali pinggang masing-masing. Seramai 16 orang pelajar telah mengambil ujian pada kali ini bermula dari tahap 10th Kyu hingga ke 4th Kyu. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah seperti berikut;

10th Kyu (Putih) ke 8th Kyu (Kuning Calit Oren)
1. Reoslin Bin Ibrahim
2. Jusnadi Bin Jahar
3. Aliuddin bin Abd. Kadir
4. Malik Bin Binsen
5. Mohd. Asri Bin Mahmod
6. Al-Sirudin Bin Samson

8th Kyu (Kuning Calit Oren) ke 7th Kyu (Oren)
1. Abdul Hasad Bin Barri
2. Mazlan Bin lamrutan

6th Kyu (Hijau) ke 5th Kyu (Biru)
1. Mohd Jihan Bin Sudario
2. Noriman Bin Othman.
3. Kahar @ Tahir Bin Hj. Nahar
4. Azwan Inggong Bin Abdullah

5th Kyu (Biru) ke 4th Kyu (Ungu)
1. Louis Lolin
2. Malin Bin Manni
3. Zulfaki Bin Rahim
4. Ismail Bin Mardan

Latihan yang bermula sejak 3 September 2012 dijangka akan berakhir pada 30 Mac 2013 apabila seramai 9 daripada 17 orang pelajar akan mengambil ujian ke Tali Pinggang Hitam Shodan pada 30 Mac 2013. Pengasas aliran Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain akan datang ke Sandakan bagi mengendalikan ujian tersebut. Ujian seterusnya akan diadakan pada 5 Oktober 2012 untuk kumpulan 3 dan 4.  

Gambar selepas Ujian