Wednesday, April 14, 2010

Ujian Kenaikan Tali Pinggang Siri 1/2010


Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol memberi taklimat sebelum ujian dimulakan
Pada 11 April 2010 (Ahad) lepas, Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Malaysia (Sabah) telahpun selesai melaksanakan Ujian Kenaikan Tali Pinggang ke atas 42 orang ahli karate dari persatuan tersebut di Sandakan, Sabah. Ujian yang bertempat di S.K Sung Siew Sandakan, Sabah turut mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada ibubapa dan ahli keluarga pelajar yang mengambil ujian pada hari berkenaan.
Antara ibu bapa dan ahli kelurga yang hadir untuk memberi sokongan dan galakan
Gohon Kumite
Program yang bermula pada pukul 8 pagi dan tamat kira-kira pukul 11 pagi, dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Malaysia (Sabah), Sensei Hasnaol Hj Liwangsa setelah mendapat keizinan daripada Shihan Ridzuan Md. Zain. Demi memastikan kelancaran program, ujian ini turut dibantu oleh 3 orang jurulatih iaitu Sensei Somi, Sensei Morsidi dan Sensei Alnadine.
Test power... Sensei Somi, Sensei Hasnaol, Sensei Morsidi, Sensei Alnadine
 


"Warming Up" sebelum ujian

Gambar Kenangan Selepas Ujian..

KK OPEN KARATE CUP 2010



Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Malaysia (Sabah) buat pertama kalinya selepas ditubuhkan di Sabah pada penghujung tahun 2008, telah menyertai Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu 2010. Persatuan ini telah menghantar seramai 11 orang peserta dan berjaya meraih 1 pingat Perak, 3 pingat Gangsa. Meskipun Ketua Jurulatih Shotoshinkai Malaysia (Sabah), Sensei Hasnaol Hj Liwangsa tidak dapat bersama dengan pasukan ini sewaktu kejohanan berlangsung, namun itu tidak mematahkan semangat para atlet untuk terus berjuang demi meraih kejayaan.



Antara peserta dari Persatuan ini yang mengambil bahagian ialah;
1. Encik Somi Abu Bakar
2. Encik Morsidi Bandi
3. Muhd Ali Hakim Mansor
4. Mohd Shah Rizal Sapre
5. Khairul Ikhwan Mohamad
6. Mohd Haikal Yusri Hasnaol
7. Mohd Anwar Hasnaol
8. Ryan Don Giluk
9. Mohd Syafiq Rokeman
10. Muhd Faidih Armizi Bruhan
11. Azfar Zharif Khan Raskan



Kejohanan yang berlangsung di Dewan Komuniti KK, pada 19-21 Mac 2010 ini juga turut disertai oleh pasukan Kebangsaan Vietnam, Karatenomichi Malaysia, Labuan Karate Association, Kanazawa-ryu Sabah, Malaysia Shitoryu, Karate Kempo Kalis Association, Persatuan Kendo & Shotokan Budokai, Isshin Ryu Penang, DBKK, Kelab Karate Imegresen, SM Sains Sabah, Maktab Sabah, Sabah Tshung Tshin secondary School dan KOI Sabah yang juga merupakan penganjur kepada kejohanan tersebut.