Tuesday, September 27, 2011

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG DAN SEMINAR OLEH SHIHAN RIDZUAN MD. ZAIN

Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Sabah yang baru sahaja mendapat kelulusan pendaftaran daripada Suruhanjaya Sukan pada 15 September 2011 telah menganjurkan seminar dan Ujian Kenaikan Tali Pinggang pada 17 September 2011 di dewan arena belia sandakan, sabah. Seminar dan ujian tersebut dikendalikan oleh Pengasas Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Malaysia iaitu Shihan Ridzuan Md. Zain. 

 Ketibaan beliau di lapangan terbang Sandakan pada 16 September, lebih kurang pukul 9.00 malam bersama Sensei Chepto Hj. Sumadi, disambut dengan penuh kegembiraan oleh Sensei Hasnaol Hj Liwangsa bersama beberapa orang pelajar Karate Shotoshinkai Sabah. Kedatangan Shihan Ridzuan dan Sensei Chepto adalah kali pertama setelah Persatuan Karate-do Shotoshinkai tertubuh di Sandakan, Sabah sejak awal Mac 2009 setelah dicadangkan oleh Sensei Alnadine Barri kepada Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa. 

Seawal pukul 7.30 pagi, pada hari sabtu (17 September 2011) dua orang Jurulatih Shotoshinkai Sabah dan seorang pelajar senior telah mengambil ujian pada hari tersebut. Mereka ialah Sensei Hasnaol Hj Liwangsa yang mengambil Ujian Tali Pinggang Hitam ke peringkat Tiga Dan (SANDAN), Sensei Alnadine Barri ke peringkat Dua Dan (NIDAN) manakala saudara Abdullah Abd. Halil mengambil ujian ke peringkat tali pinggang hitam pertama (SHODAN).

Acara kemudiannya diteruskan dengan melakukan ujian kenaikan tali pinggang keatas pelajar-pelajar karate Shotoshinkai Sabah yang bermula dari peringkat 10th Kyu sehingga ke 4th Kyu. Seramai 61 orang pelajar telah menduduki ujian dan kesemua mereka lulus dalam ujian berkenaan. Keputusan ujian diumumkan sendiri oleh Pengasas Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain di akhir seminar pada petang hari tersebut. 

Pada pukul 2.00 petang hari yang sama, acara disambung dengan mengadakan seminar karate  yang dikendalikan oleh Shihan Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Pak Wan. Beliau banyak menyentuh mengenai KATA dalam Shotokan. Hal ini termasuklah pergerakan yang betul dalam setiap KATA, stance, kihon dan juga aplikasi (bunkai) beberapa KATA pilihan beliau. Beliau juga menerangkan sedikit tentang latar belakang beliau, pengalaman dalam Karate dan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai sejarah kewujudan Shotoshinkai di Malaysia. Dalam masa yang sama, beliau turut memperkenalkan dan mengambil kesempatan dengan mengajar dua KATA terawal dalam Shotokan-Ryu iaitu Taikokyu Shodan dan Taikokyu Nidan. Kedua-dua kata ini menurut beliau merupakan pergerakan asas bagi semua kata dalam Shotokan. Pada waktu tersebut, para pelajar sangat teruja dan seronok apabila dapat mempelajari sesuatu yang baharu, lebih-lebih lagi ianya dari Pengasas Shotoshinkai Malaysia sendiri.

Setelah selesai, tiba giliran Sensei Chepto Hj. Sumadi untuk mengambil alih slot seminar pada petang tersebut. Beliau memperkenalkan pergerakan asas dalam kumite.  Antaranya teknik menyerang, teknik menunggu dan mengacah lawan. Keseronokan dan semangat para pelajar untuk memberikan perhatian dalam seminar tersebut semakin bertambah kerana Sensei Chepto pandai mengambil hati pelajar dalam seminar kumite beliau. Sebelum seminar tamat, Pengasas Shotoshinkai Malaysia menyampaikan Diploma 3rd Dan kepada Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa (Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah), 2nd Dan kepada Encik Alnadine Barri (Jurulatih Kanan Shotoshinkai Sabah) dan 1st Dan kepada Senpai Abdullah Abd Halil. 

 Diploma 3rd DAN kepada Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa dari Shihan Ridzuan Md. Zain

 Diploma 2nd DAN

 Diploma 1st DAN

Sementara itu, pada 18 September 2011 (Ahad) pula, Persatuan Karate-do Shotoshinkai Sabah mengambil kesempatan di bulan syawal dengan menganjurkan Majlis Jamuan Raya 2011 bersama Shihan Ridzuan dan Sensei Chepto di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Sung Siew Sandakan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibubapa pelajar shotoshinkai dan jurulatih karate dari Kelab Karate KOI Sandakan, Encik Somi Bin Abu Bakar.











Thursday, August 18, 2011

T-shirt Design


T-shirt bagi Junior Karate




T-Shirt bagi Senior Karate

Friday, July 22, 2011

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG DI KELAB BELIA




Gambar kenangan semasa Majlis Penganugerahan Tali Pinggang kepada Pelajar
~seminggu selepas ujian~

12 Julai 2011 - Kelab Karate-do Shotoshinkai mengadakan ujian kenaikan tali pingggang buat pertama kali setelah mengadakan kelas latihan di dewan arena belia awal tahun ini. Seramai 7 orang pelajar telah mengikuti ujian tersebut yang dikendalikan oleh Sensei Hasnaol, selaku Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah.


Ucapan Tahniah daripada Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol (berdiri di tengah)

LATIHAN KARATE DI DEWAN ARENA KELAB BELIA



Kelab Karate-Do Shotoshinkai Sabah mengadakan latihan karate pada setiap hari selasa dan sabtu di dewan arena belia, batu 1 1/2 sandakan. Para belia dijemput datang ke tempat berkenaan sekiranya berminat untuk menyertai Kelab Karate Shotoshinkai Sabah. Jadual lebih lanjut adalah seperti berikut ;

Dewasa
Hari : Selasa dan Sabtu
Masa : 7.00 mlm - 9.00 mlm / 10.00 pg - 11.30 pg

Sekolah Rendah
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8.00 pg - 10.00 pg / 8.00 pg - 10.00 pg

Kepada yang berminat, sila datang terus ke dewan arena belia untuk pendaftaran.

KK OPEN KARATE CUP 2011



Kelab Karate-Do Shotoshinkai Sabah sekali lagi menyertai Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu 2011 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada 11-13 Mac 2011. Shotoshinkai telah menghantar seramai 27 orang atlit bersama 4 orang pegawai. Pada kejohanan tersebut Shotoshinkai mengutip 2 pingat Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa. Satu pencapaian yang membanggakan berbanding dengan tahun sebelumnya dengan 1 Perak dan 3 Gangsa sahaja.



Pada kejohanan kali ini, Shotoshinkai telah mengorak langkah dengan menghantar penyertaan menerusi acara KATA Individu Lelaki. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat, namun Jurulatih berpuas hati dengan gaya persembahan yang meyakinkan daripada atlit berkenaan.

Gambar Adik Amirul Hakimi bersama Jurulatih dari Australia


latihan sebelum berangkat ke Kota Kinabalu


Keluarga Shotoshinkai....Gambar santai sehari sebelum kejohanan bermula

Wednesday, July 6, 2011

2011- Semangat Baru

Pada awal tahun ini, dugaan datang melanda. Dugaan yang akhirnya ada hikmah dikemudiannya. walaupun Kelab Karate-Do Shotoshinkai Sabah hanya dikemudi oleh 5 orang jurulatih sahaja, namun itu sudah cukup kuat untuk mengurus perjalanan aktiviti kelab.

Hari demi hari, ada sahaja pelajar baru yang mendaftar. walaupun ilmu karate yang ada pada kami tidaklah sehebat mana, namun keikhlasan jadi sandaran untuk memberikan yang terbaik kepada anak buah. Tiada niat jahat terselit didalamnya, cuma apa yang kami mahu, Kelab Karate-Do Shotoshinkai Sabah disegani dan dihormati oleh semua persatuan bela diri dek kerna disiplin yang kuat.

kepada semua pelajar Kelab Karate-Do Shotoshinkai Sabah, kekalkan semangat yang ada, teguhkan disiplin diri dan sentiasa perbaiki kelemahan yang ada. Terima teguran dengan redha untuk kebaikan diri sendiri. OSSSSU!!!