Wednesday, June 27, 2012

1 EMAS, 1 PERAK DI KEJOHANAN KARATE TERBUKA SHOTOSHINKAI TERENGGANU 2012

Persatuan Karate-do Shtotoshinkai Daerah Sandakan, SABAH telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Karate Terbuka Shotoshinkai Terengganu yang telah berlangsung pada 25-26 Mei 2012 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Shotoshinkai Sabah telah menghantar dua orang wakil ke kejohanan tersebut iaitu Alnadine Barri (kataegori -84kg) dan adik Muhd Faidhi (kategori 14-16 tahun). Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 7 jam dari Hentian Putra, Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu diharungi dengan menaiki pengangkutan awam darat (Sani Ekspress) pada pukul 10.00 pagi dan tiba di terengganu lebih kurang 5.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh En. Asmat Dullah.
 Hentian Putra : gambar sebelum bergerak ke Kuala Terengganu

Pada hari pertama (25 Mei 2012), mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan dan cabutan undi telah dibuat pada hari tersebut. Selepas itu, mesyuarat pengurusan Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Malaysia juga turut diadakan selepas mesyuarat pengurus pasukan. Beberapa usul dan cadangan telah disampaikan pada hari tersebut oleh wakil persatuan shotoshinkai dari setiap negeri dan Shihan Ridzuan Md. Zain, Pengasas Shotoshinkai Malaysia turut menceritakan serba sedikit mengenai kewujudan Shotoshinkai di Malaysia.

 Shihan Ridzuan menunjukkan Sijil Pengiktirafan Pengamal Shotoshinkai dan Wakil (Shibu-Cho) ISKK

Pada sebelah petang pula, seminar Pengadil Karate telah diadakan di stadium tertutup Gong Badak yang dikendalikan oleh Sensei Alias Hj. Saparon ( Shtotoshinkai Melaka ).


seramai 160 peserta telah mengambil bahagian dari 12 pasukan yang terdiri daripada SKA Terengganu, Sabah, Kedah, Melaka (Yayasan Saad), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Kuniba-kai Kuala Lumpur, IOSSKAM, Itosu-ryu Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Shito-ryu Pahang and Negeri Sembilan Karate-Do Association (NSKA). Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu,




Dalam kejohanan tersebut, Alnadine Barri mendapat pingat Emas bagi kategori Kumite Bawah 68KG sementara adik Muhd Faidhi mendapat pingat Perak.

Tuesday, June 12, 2012