Wednesday, November 6, 2013

ISSKF Anugerah 6th DAN Kepada Pengasas Shotoshinkai Malaysia

Pengasas Persatuan Karate-DO Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain P.J.K., P.J.M.,telah diberi penghormatan oleh International Shoto Shinkai Karate-Do Federation (ISSKF), Scott Arkansas, Amerika Syarikat (Ibu Pejabat), di atas sumbangan dan kegigihan beliau bergiat aktif dalam seni Karate. Beliau yang mula mengenali karate (BUDOKAN) pada tahun 1977 sewaktu berkhidmat di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, banyak memberi inspirasi dan bantuan terhadap penubuhan beberapa kelab dan persatuan karate di Malaysia khususnya. Antaranya seperti Persatuan Talipinggang Hitam Karate Budokan Malaysia, Gabungan Karate-Do Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Persatuan Karate-do Kusano-Ha Kenpo, Persatuan Karate-do Kanazawa-ryu Shotokan, Kelab Karate International Islamic University of Malaysia (UIAM), University Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM)– Kampus Kuala Terengganu, Persatuan Karate-do Daerah Seberang Perai Tengah dan Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan, Sabah. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Shotokan (SKIF) kepada Polis Diraja Malaysia, yang mana digunakan oleh PDRM sehingga hari ini.

Semua Jurulatih, Pelajar dan Ibu Bapa dalam Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan turut merasa bangga dengan penganugerahan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Shihan Ridzuan Md. Zain. Semoga dengan ini, Shotoshinkai Malaysia lebih dikenali dan disegani oleh rakan-rakan dari persatuan lain.

Osssuuu!!!

1 comment:

  1. Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah. Kita bersama-sama memartabatkan Persatuan kita ini.


    ReplyDelete