Tuesday, October 2, 2012

Riadah Keluarga Shotoshinkai Di Hujung Minggu

Sejak sekian kalinya berlatih setiap hujung minggu dan setiap malam untuk pelajar dewasa yang mengikuti latihan intensif, para pelajar dan jurulatih sebulat suara ingin mengadakan aktiviti riadah yang melibatkan semua ahli. Tarikh 29 September 2012 (Sabtu) telah dipilih untuk program berkenaan dan lokasi yang dicadangkan ialah Kolam Renang Kompleks sukan Sandakan.

Seawal pukul 7.00 pagi para pelajar telah berkumpul di perkarangan kompleks sukan meskipun waktu yang ditetapkan untuk berkumpul adalah pukul 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar dan Jurulatih bergerak ke kolam renang dengan membawa pakaian masing-masing. Semasa di kolam renang, pelajar dewasa mendominasi keadaan kerana mereka merupakan pengunjung yang paling menonjol. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti mereka lakukan semasa berada di kolam renang.

Walau apapun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut, objektif utama yang ingin dilihat oleh jurulatih adalah hubungan kekeluargaan antara ahli. Dengan aktiviti sebegini hubungan  slaturrahim di antara pelajar diharap akan bertambah erat. Selain itu, aktiviti ini juga dibuat adalah untuk meningkatkan daya stamina serta mencergaskan semula anggota badan yang selama ini dihimpit kesakitan semasa latihan. Aktiviti kekeluargaan ini akan diadakan sekali sekala dan cadangan seterusnya adalah beriadah di Air terjun bakung-bakung.

Ujian Peningkatan Tahap Tali Pinggang untuk Latihan Intensif

Pada 20 September lepas, buat pertama kalinya, pelajar-pelajar yang menyertai Latihan Intensif ke Tali Pinggang Hitam Shodan telah menduduki ujian peningkatan tahap tali pinggang masing-masing. Seramai 16 orang pelajar telah mengambil ujian pada kali ini bermula dari tahap 10th Kyu hingga ke 4th Kyu. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah seperti berikut;

10th Kyu (Putih) ke 8th Kyu (Kuning Calit Oren)
1. Reoslin Bin Ibrahim
2. Jusnadi Bin Jahar
3. Aliuddin bin Abd. Kadir
4. Malik Bin Binsen
5. Mohd. Asri Bin Mahmod
6. Al-Sirudin Bin Samson

8th Kyu (Kuning Calit Oren) ke 7th Kyu (Oren)
1. Abdul Hasad Bin Barri
2. Mazlan Bin lamrutan

6th Kyu (Hijau) ke 5th Kyu (Biru)
1. Mohd Jihan Bin Sudario
2. Noriman Bin Othman.
3. Kahar @ Tahir Bin Hj. Nahar
4. Azwan Inggong Bin Abdullah

5th Kyu (Biru) ke 4th Kyu (Ungu)
1. Louis Lolin
2. Malin Bin Manni
3. Zulfaki Bin Rahim
4. Ismail Bin Mardan

Latihan yang bermula sejak 3 September 2012 dijangka akan berakhir pada 30 Mac 2013 apabila seramai 9 daripada 17 orang pelajar akan mengambil ujian ke Tali Pinggang Hitam Shodan pada 30 Mac 2013. Pengasas aliran Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain akan datang ke Sandakan bagi mengendalikan ujian tersebut. Ujian seterusnya akan diadakan pada 5 Oktober 2012 untuk kumpulan 3 dan 4.  

Gambar selepas Ujian



Wednesday, September 19, 2012

JOM KIRA BMI ANDA !!!

Body Mass Index (BMI) merupakan salah satu formula pengiraan yang dapat membantu menentukan samada berat badan seseorang sesuai dengan ketinggiannya. Penjagaan berat badan adalah penting bagi setiap individu agar kesihatan terus terjamin lebih-lebih lagi jika anda seorang ahli Karate yang TEGAR. Formula pengiraan BMI adalah seperti berikut: 

BMI = Berat (kg) / ( Tinggi (m) x Tinggi (m) )

Pautan di bawah ini dapat membantu mengira BMI anda dengan mudah dan pantas http://www.nutriweb.org.my/bmical.php 


Rujukan
http://www.nutriweb.org.my/bmical.php. diakses pada 19 September 2012.

Thursday, September 13, 2012

UJIAN PENINGKATAN TAHAP TALI PINGGANG SIRI 2/2012

Bertempat di Dewan Arena Belia sandakan, seramai 25 orang pelajar telah mengambil ujian peningkatan tahap tali pinggang pada 9 September 2012 (Ahad). Penilaian ini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah, Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa sambil dibantu oleh Sensei Abdullah Hj. Abd Halil dan Sensei Alnadine Barri. Sebelum seseorang pelajar layak mengambil ujian, beberapa syarat perlu dipatuhi seperti jumlah kehadiran yang mencukupi, dan menguasai silibus ujian. 

Sesi ujian yang bermula seawal 8.45 pagi, dimulakan denganUjian tahap 10th Kyu ke 9th Kyu, 9th Kyu ke 8th kyu dan sehinggalah dari 4th Kyu ke 3th Kyu. Secara umumnya, semua pelajar lulus dalam ujian tersebut cuma markah ujian sahaja yang membezakan mereka.

Di akhir ujian, majlis sambutan hari raya aidilfitri oleh Persatuan Karate-do Shotoshinkai Sandakan diadakan di dewan berkenaan. Sambutan yang sederhana tetapi cukup meriah dengan kehadiran ibubapa para pelajar. Berikut merupakan senarai nama pelajar yang terlibat dalam ujian siri 2/2012;



Bil
Nama
Tahap Ujian
1
Hanafi Bin Jusnaidi
9 Kyu
2
Malik Bin Binsen
9 Kyu
3
Anis Afiqa Bt. Aliuddin
8 Kyu
4
Abdul Hasad Bin Barri
8 Kyu
5
Mazlan Bin Lamrutan
8 Kyu
6
Muhd Aiman Rusyaidi
7 Kyu
7
Mohd Syafizul Ezzad
7 Kyu
8
Mohd Jihan Sudario
6 Kyu
9
Kahar @ Tahir Hj. Nahar
6 Kyu
10
Noriman Bin Othman
6 Kyu
11
Adib Afifi Bin Aliuddin
6 Kyu
12
Azwan Inggong Abdullah
6 Kyu
13
Mohd Norsyahidan Sumardi
6 Kyu
14
Muhd Aiman Syahmi
6 Kyu
15
Syahfikah Abdullah
6 Kyu
16
Royham Bin Barri
5 Kyu
17
Mohd Nor Irfan Bin Azwan
5 Kyu
18
Louis Lolin
5 Kyu
19
Malin Bin Manni
5 Kyu
20
Ismail Bin Mardan
5 Kyu
21
Zulfaki Bin Rahim
5 Kyu
22
Nurhidayatul Hikmah Bt. Malin
5 Kyu
23
Muhammad Danish Akmal
5 Kyu
24
Abdulsyah Abdullah
5 Kyu
25
Muhd Amirul Hakimi Bin Malin
3 Kyu




LATIHAN INTENSIF GENERASI PERTAMA SHOTOSHINKAI SABAH


Latihan intensif untuk beberapa orang pelajar dewasa telah bermula sejak 3 September 2012, di SMK Merpati Sandakan. Latihan ini bertujuan untuk melahirkan pembantu-pembantu jurulatih shotoshinkai yang bertauliah dan seterusnya melahirkan generasi pertama Shotoshinkai Sabah yang mendapat Tali Pinggang Hitam. Sebelum latihan ini bermula, kebenaran secara bertulis terlebih dahulu telah dikemukakan kepada pengasas Persatuan Karate-do Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain pada 19 Julai 2012. Surat yang dihantar melalui email mendapat jawapan yang sangat menggembirakan apabila Shihan Ridzuan menyatakan rasa syukur dan menyokong hasrat berkenaan demi pembangunan seni karate dan shotoshinkai amnya di Sabah. Petikan email dari beliau pada hari yang sama adalah seperti berikut;

"Wa'alaikum salam wbt, selamat menyambut ramadhan al-mubarak.
Nadine, sensei Hasnaol dan rakan-rakan di sana.
Saya bersyukur atas daya usaha anda berdua dan saya bersetuju dan menyokong program ini.
InsyaAllah jika tiada halangan, saya akan turun ke Sandakan nanti.
Semoga Allah berkati anda semua.
Selamat berpuasa.
Salam
Pak Wan".

Dengan adanya jawapan dari Shihan, maka secara rasminya program berkenaan telah mendapat restu dari beliau. Setelah itu, borang penyertaan untuk mengikuti program berkenaan telah diedarkan dan seramai 16 orang pelajar telah menyatakan hasrat untuk mengikuti program berkenaan. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar akan mengambil ujian ke tali pinggang hitam, hanya 9 orang sahaja yang dibenarkan kerana mereka telah menyertai shotoshinkai sebelum tahun 2011 lagi. Pelajar lain hanya dibenarkan mengambil ujian sehingga ke peringkat tali pinggang coklat dan coklat hitam. Ujian peningkatan tahap tali pinggang berkenaan akan diadakan pada 30 Mac 2013 di Sandakan, oleh Shihan Ridzuan Md. Zain.  
 Selepas sesi latihan pada hari pertama (3.9.12)
Meskipun waktu yang diambil hanya lebih kurang 6 bulan, namun pelajar berkenaan akan berlatih 6 kali seminggu, selama 2 jam untuk setiap sesi latihan. Bermula pada hari isnin hingga sabtu, dan ahad adalah hari cuti untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga. Ujian peningkatan setiap tahap tali pinggang dalam waktu latihan intensif akan dinilai oleh Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa (3rd Dan SKA) berdasarkan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan untuk setiap tahap tali pinggang. Jadual lengkap untuk program berkenaan adalah seperti berikut;
 
Rank
Belt Colour
Kata
Training session
9th Kyu
WHITE to YELLOW
TAIKYOKYU SHODAN & SANDAN
28 Hours
8th Kyu
YELLOW to YELLOW STRIPE ORANGE 
HEIAN SHO-DAN
28 Hours
7th Kyu
YELLOW STRIPE ORANGE to ORANGE
HEIAN NI-DAN
36 Hours
6th Kyu
ORANGE to GREEN
HEIAN SAN-DAN
36 Hours
5th Kyu
GREEN to BLUE
HEIAN YON-DAN
36 Hours
4th Kyu
BLUE to PURPLE
HEIAN GO-DAN
38 Hours
3rd Kyu
PURPLE to BROWN 
TEKKI SHO-DAN
40 Hours
2nd Kyu
BROWN to BROWN 
STRIPE BLACK
BASSAI-DAI
42Hours
1st Kyu
BROWN STRIPE BLACK  to BROWN BLACK TIP
ENPI &  JION
44 Hours
1st  Dan
Shodan
BROWN BLACK TIP  to BLACK
BASSAI-DAI, KANKU-DAI ,ENPI,  JION & JITTE
48 Hours


Seramai 17 orang pelajar terlibat dan mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu;

Kumpulan 1 ( Dari 5th Kyu (Biru) ke Tali Pinggang Hitam Shodan)
1. Louis Lolin
2. Malin Bin Manni
3. Zulfaki Bin Rahim
4. Ismail Bin Mardan
5. Othman Bin Amirshah

Kumpulan 2 ( Dari 6th Kyu (Hijau) ke Tali Pinggang Hitam Shodan)
1. Noriman Bin Othman
2. Mohd Jihan Bin Sudario
3. Azwan Inggong Abdulllah
4. Kahar @ Tahir Hj. Nahar

Kumpulan 3 ( Dari 8th Kyu (Kuning/Oren) ke 2nd Kyu (Coklat calit Hitam)
1. Abdul Hasad Bin Barri
2. Mazlan Bin LAmrutan

Kumpulan 4 ( Dari 10th Kyu (Putih) ke 3rd Kyu (Coklat)
1. Reoslin Bin Ibrahim
2. Mohd. Asri Bin Mahmod
3. Jusnadi Bin Jahar
4. Al-Sirudin bin Samson
5. Aliuddin Bin Abd. Kadir
6. Malik Bin Binsen

Adalah diharapkan agar para pelajar yang terlibat dapat menghayati sepenuhnya latihan ini dan mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki Kihon, Kumite dan Kata masing-masing. Semoga anda berjaya melepasi setiap rintangan dan halangan dalam latihan intensif kali ini.


Alnadine Barri. (13.9.2012)