Thursday, April 25, 2013

SEMINAR KARATE DAN UJIAN PENINGKATAN TAHAP TALI PINGGANG KALI KE-2

Pada 31 Mac 2013 yang lepas, Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Daerah Sandakan sekali lagi telah berjaya menganjurkan Seminar karate dan ujian peningkatan tahap tali pinggang kali yang kedua setelah ianya kali terkahir diadakan pada 2011. Seminar dan ujian ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Shihan Ridzuan Md. Zain, Pengasas Aliran Shotoshinkai Karate-do di Malaysia. Beliau berada di sandakan selama 4 hari bersama isteri beliau, Pn. Noormah Kamarudin. Program kali ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kalinya persatuan ini berjaya melahirkan generasi pertama Tali Pinggang Hitam Shodan seramai 5 orang. Mereka bersama beberapa orang pelajar telah menjalani latihan intensif pada setiap malam, enam kali seminggu dan setiap sesi latihan mengambil masa selama dua jam. latihan Intensif tersebut bermula sejak 3 September 2012 dan berakhir pada 30 Mac 2013. Berikut merupakan sedikit catatan berkaitan perjalanan program ini.

Hari Pertama (30/03/2013)
Ketibaan beliau di lapangan terbang sandakan disambut oleh beberapa orang pelajar senior dari persatuan ini dan juga para jurulatih shotoshinkai di sandakan. Setelah itu, beliau dan isteri dibawa ke salah sebuah restoran di batu 7 sandakan untuk makan malam. 

Hari Kedua (31/03/2013)
Bertempat di ruang legar Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Sandakan, ujian tersebut telah dimulakan seawal pukul 8.30 pagi dengan didahului oleh pelajar-pelajar yang mengambil ujian dari 10th kyu ke 9th kyu dan sehinggalah dari 1st kyu ke 1st Dan (shodan). Seramai 31 orang pelajar telah mengambil ujian  pada kali ini termasuklah 5 orang pelajar senior yang mengambil ujian ke Tali Pinggang Hitam. berikut merupakan senarai nama pelajar yang telah berjaya dalam ujian tersebut. 

Nama
Ke
Mohd Airil Bin Bernadine
9th Kyu
Muhd Zufairi Bin Subari
9th Kyu
Noris Amirah Binti Subari
9th Kyu
Nur Airysha Zuhairah Louis
9th Kyu
Nur Amzhira Binti Masjidil
9th Kyu
Mohd Al Amin Ahmadul
9th Kyu
Mohd Daniel Bin Al-Radzpel
8th Kyu
Jonathan Norbert
8th Kyu
Mohd Sabri Bin Baba
7th Kyu
Mohd Aiman Zachery Louis
7th Kyu
Mohd Aisaac Zuhayr Louis
7th Kyu
Mohd Syafizul Ezzad Bin Ebnuh
6th Kyu
Muhd Aiman Rusyaidi Bin Fauzi
6th Kyu
Mohd Norsyahidan Bin Sumardi
5th Kyu
Muhd Aiman Syahmi Bin Tahir
5th Kyu
Royham Bin Barri
4th Kyu
Mohd Nor Irfan Bin Azwan
4th Kyu
Nurhidayatul Hikmah Binti Malin
4th Kyu
Muhd Danish Akmal Bin Tahir
4th Kyu
Abdulsyah Bin Abdullah
4th Kyu
Nur Waznah Farzana Binti Tahir
4th Kyu
Reoslin Bin Ibrahim
4th Kyu
Muhd Faidhi Armizi Bin Bruhan
3rd Kyu
Al-Sirudin Bin Samson
3rd Kyu
Abdul Hasad Bin Barri
2nd Kyu
Muhd Amirul Hakimi Bin Malin
2nd Kyu
Louis Lolin
1st Dan
Malin Bin Manni
1st Dan
Mohd Jihan Bin Sudario
1st Dan
Tahir Bin Hj. Nahar
1st Dan
Azwan Inggong Abdullah
1st Dan

Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih kurang 80 orang telah menyertai seminar karate yang dikendalikan oleh Shihan Ridzuan. Peserta seminar ini terdiri daripada Kelab Karate ILP Sandakan, Kelab Karate Tanjung Papat, Kelab Karate Tinusa dan kelab karate Kobe Osaka Sandakan. Dalam seminar ini, pelbagai teknik tangkapan dan teknik melepaskan diri dari kuncian musuh telah diajar oleh Shihan Ridzuan. Rata-rata peserta merasa sangat gembira dan seronok dalam seminar kali ini. Hal ini dapat dilihat dari kesungguhan dan riang tawa mereka semasa mengikuti seminar. Selepas itu, Shihan Ridzuan mengambil kesempatan melatih kata Enpi dan Jion beserta bunkai kepada para senior dari kelab-kelab yang terlibat. 

Acara pada petang itu diakhiri dengan majlis penyampaian sijil tauliah jurulatih dan pembantu jurulatih kepada beberapa orang pelajar yang layak. kemudian majlis penyampaian Diploma Shodan turut dibuat dan disampaikan kepada semua pelajar yang berjaya.

Pada sebelah malamnya pula, palajar shotoshinkai mengambil kesempatan berlatih bersama-sama Shihan dan syukur ke hadrat ilahi kerana pelajar tersebut mendapat ilmu yang baru dari Shihan iaitu Bunkai dan Kata BASSAI SHO dan KANKU SHO.

Hari Ketiga (01/04/2013)
Pakwan dan Isteri dibawa bersiar-siar sekitar daerah sandakan oleh Sensei Abdullah dan Senpai Azwan ke tempat-tempat menarik seperti RDC, Taman Buaya dan  bandar sandakan. Pada sebelah malamnya pula beliau dan isteri diraikan dalam satu majlis makan malam yang ringkas di sekitar bandar sandakan oleh beberapa orang pelajar senior shotoshinkai.

Hari Keempat (02/04/2013) 
Shihan Ridzuan dan isteri berangkat pulang ke Pulau Pinang. Para pelajar mengambil kesempatan menyampaikan cenderakenangan kepada Shihan pada hari tersebut dan berharap akan dapat berjumpa lagi di tahun yang akan datang.

* Pada Kesempatan ini, saya Alnadine Barri ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala usaha dan kerjasama dari semua pihak terutama sekali pelajar-pelajar intensif kerana dengan bantuan anda, program ini berjaya diadakan. Kepada Saudara Malin Manni, Louis Lolin, Azwan Inggong, Abdullah Hj. Abd Halil, Aliuddin Abd. Kadir dan Kahar Hj. Tahir, terima kasih  saya ucapkan.

* Tidak lupa juga buat Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol, terima kasih atas sokongan dan komitmen sensei selama ini dalam memastikan persatuan ini terus aktif.



disediakan oleh,
Alnadine Barri.


No comments:

Post a Comment