Latihan intensif untuk beberapa orang pelajar dewasa telah bermula sejak 3 September 2012, di SMK Merpati Sandakan. Latihan ini bertujuan untuk melahirkan pembantu-pembantu jurulatih shotoshinkai yang bertauliah dan seterusnya melahirkan generasi pertama Shotoshinkai Sabah yang mendapat Tali Pinggang Hitam. Sebelum latihan ini bermula, kebenaran secara bertulis terlebih dahulu telah dikemukakan kepada pengasas Persatuan Karate-do Shotoshinkai Malaysia, Shihan Ridzuan Md. Zain pada 19 Julai 2012. Surat yang dihantar melalui email mendapat jawapan yang sangat menggembirakan apabila Shihan Ridzuan menyatakan rasa syukur dan menyokong hasrat berkenaan demi pembangunan seni karate dan shotoshinkai amnya di Sabah. Petikan email dari beliau pada hari yang sama adalah seperti berikut;
"Wa'alaikum salam wbt, selamat menyambut ramadhan al-mubarak.
Nadine, sensei Hasnaol dan rakan-rakan di sana.
Saya bersyukur atas daya usaha anda berdua dan saya bersetuju dan menyokong program ini.
InsyaAllah jika tiada halangan, saya akan turun ke Sandakan nanti.
Semoga Allah berkati anda semua.
Selamat berpuasa.
Salam
Pak Wan".
Dengan adanya jawapan dari Shihan, maka secara rasminya program berkenaan telah mendapat restu dari beliau. Setelah itu, borang penyertaan untuk mengikuti program berkenaan telah diedarkan dan seramai 16 orang pelajar telah menyatakan hasrat untuk mengikuti program berkenaan. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar akan mengambil ujian ke tali pinggang hitam, hanya 9 orang sahaja yang dibenarkan kerana mereka telah menyertai shotoshinkai sebelum tahun 2011 lagi. Pelajar lain hanya dibenarkan mengambil ujian sehingga ke peringkat tali pinggang coklat dan coklat hitam. Ujian peningkatan tahap tali pinggang berkenaan akan diadakan pada 30 Mac 2013 di Sandakan, oleh Shihan Ridzuan Md. Zain.
Selepas sesi latihan pada hari pertama (3.9.12)
Meskipun waktu yang diambil hanya lebih kurang 6 bulan, namun pelajar berkenaan akan berlatih 6 kali seminggu, selama 2 jam untuk setiap sesi latihan. Bermula pada hari isnin hingga sabtu, dan ahad adalah hari cuti untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga. Ujian peningkatan setiap tahap tali pinggang dalam waktu latihan intensif akan dinilai oleh Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa (3rd Dan SKA) berdasarkan jumlah jam latihan yang telah ditetapkan untuk setiap tahap tali pinggang. Jadual lengkap untuk program berkenaan adalah seperti berikut;
Rank
|
Belt Colour
|
Kata
|
Training session
|
9th Kyu
|
WHITE to YELLOW
|
TAIKYOKYU SHODAN & SANDAN
|
28 Hours
|
8th Kyu
|
YELLOW to YELLOW STRIPE ORANGE
|
HEIAN SHO-DAN
|
28 Hours
|
7th Kyu
|
YELLOW STRIPE ORANGE to ORANGE
|
HEIAN NI-DAN
|
36 Hours
|
6th Kyu
|
ORANGE to GREEN
|
HEIAN SAN-DAN
|
36 Hours
|
5th Kyu
|
GREEN to BLUE
|
HEIAN YON-DAN
|
36 Hours
|
4th Kyu
|
BLUE to PURPLE
|
HEIAN GO-DAN
|
38 Hours
|
3rd Kyu
|
PURPLE to BROWN
|
TEKKI SHO-DAN
|
40 Hours
|
2nd Kyu
|
BROWN to BROWN
STRIPE BLACK
|
BASSAI-DAI
|
42Hours
|
1st Kyu
|
BROWN STRIPE BLACK to BROWN BLACK TIP
|
ENPI & JION
|
44 Hours
|
1st Dan
Shodan
|
BROWN BLACK TIP to BLACK
|
BASSAI-DAI, KANKU-DAI ,ENPI, JION & JITTE
|
48 Hours
|
Seramai 17 orang pelajar terlibat dan mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu;
Kumpulan 1 ( Dari 5th Kyu (Biru) ke Tali Pinggang Hitam Shodan)
1. Louis Lolin
2. Malin Bin Manni
3. Zulfaki Bin Rahim
4. Ismail Bin Mardan
5. Othman Bin Amirshah
Kumpulan 2 ( Dari 6th Kyu (Hijau) ke Tali Pinggang Hitam Shodan)
1. Noriman Bin Othman
2. Mohd Jihan Bin Sudario
3. Azwan Inggong Abdulllah
4. Kahar @ Tahir Hj. Nahar
Kumpulan 3 ( Dari 8th Kyu (Kuning/Oren) ke 2nd Kyu (Coklat calit Hitam)
1. Abdul Hasad Bin Barri
2. Mazlan Bin LAmrutan
Kumpulan 4 ( Dari 10th Kyu (Putih) ke 3rd Kyu (Coklat)
1. Reoslin Bin Ibrahim
2. Mohd. Asri Bin Mahmod
3. Jusnadi Bin Jahar
4. Al-Sirudin bin Samson
5. Aliuddin Bin Abd. Kadir
6. Malik Bin Binsen
Adalah diharapkan agar para pelajar yang terlibat dapat menghayati sepenuhnya latihan ini dan mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki Kihon, Kumite dan Kata masing-masing. Semoga anda berjaya melepasi setiap rintangan dan halangan dalam latihan intensif kali ini.
Alnadine Barri. (13.9.2012)