Thursday, April 26, 2012

Shotoshinkai SABAH berkunjung ke Dojo Sensei Lily Untuk Porgram Latihan Bersama


Persatuan Karate-do Shotoshinkai Daerah Sandakan baru-baru ini telah berkunjung ke Dojo Sensei Lily Linus di Komplek Sukan Sandakan untuk mengadakan latihan bersama kelab beliau. Seramai 42 orang pelajar dan 3 orang jurulatih Shotoshinkai terlibat dalam program ini. Usaha murni ini telah dicetuskan oleh Sensei Hasnaol yang mahu semua pelajar Shotoshinkai menimba ilmu daripada Jurulatih lain. Sensei Lily tidak asing lagi bagi pengamal karate era 90-an kerana beliau merupakan atlit karate Malaysia dalam acara KATA suatu ketika dahulu. Beliau sebelum ini pernah berlatih bersama Sensei Hasnaol di bawah kendalian Kyoshi Patrick Yap dari Persatuan Karate Sabah cawangan Sandakan dan berada dalam satu pasukan mewakili negeri sabah ke pelbagai kejohanan karate peringkat kebangsaan.

Program ini diharap dapat membuka mata pelbagai pihak untuk terus menjalin kerjasama dan silaturrahim antara persatuan lain agar sukan dan senibela diri karate ini berkembang pada masa akan datang. Karate jangan lagi dipolitikkan demi kepentingan peribadi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sensei Lily Linus diatas kesudian menerima kunjungan kami. Osssuu!!!


1 comment:

  1. Casino Web (Huge) - Ceda Casino
    Play the best slots from the most popular bk8 providers! The Casino Web (Huge) 카지노 casino site can be found on our website. 카지노사이트 Play at the best online casinos now!

    ReplyDelete