Program latihan bersama
antara Persatuan Karate-Do Shotoshinkai Sandakan (SKA) dan Kobe Osaka Sandakan
Karate-Do (KOSK) telah berlangsung pada 1 april 2012 di Dewan SMK Agama Sandakan.
Program ini adalah cetusan idea daripada jurulatih shotoshinkai yang ingin
melihat semua persatuan karate yang ada di daerah Sandakan bergabung dalam satu
program yang boleh menghimpunkan semua ahli karate. Idea ini kemudian mendapat sokongan
dan kerjasama dari jurulatih kobe Osaka Sandakan yang akhirnya membawa kepada
penganjuran program seperti ini.
Program yang bermula seawal
pukul 8 pagi berjaya menghimpunkan seramai 130 orang karate-ka dari 4 persatuan
iaitu;
· 1. Persatuan
Kanazawa-ryu Shotokan Karate Sandakan (KSKA) – seorang jurulatih dan 2 orang
pelajar.
· 2. Persatuan
Karate Kobe Osaka Sandakan – seorang jurulatih bersama 46 orang pelajar.
· 3. Persatuan
Karate-do Shotoshinkai Daerah Sandakan – 3 orang jurulatih bersama 71 orang
pelajar.
· 4. Kelab
Karate Daerah Beluran – seorang jurulatih bersama 8 orang pelajar.
Aktiviti dimulakan dengan
sesi memperkenalkan barisan Jurulatih dari setiap persatuan yang terdiri
daripada Sensei Hasnaol, Sensei Abdullah, Sensei Alnadine ( SKA ), Sensei Somi
(KOSK), Sensei Shim (KSKA) dan Sensei Jack dari Kelab Karate Daerah Beluran.
Selepas itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti senaman dan regangan yang
dikendalikan oleh saudara Azizol Awang selama lebih kurang 20 minit.
Selepas berehat selama lebih
kurang 3 minit, Slot aktiviti pada hari berkenaan diteruskan dengan menjemput
sensei Shim Yee Foong dari KSKA untuk berkongsi pengalamannya dalam seni
karate. Beliau lebih menekankan aplikasi beberapa pergerakan asas karate
seperti Gedan Barai yang mana berjaya menarik minat peserta
untuk memberikan perhatian. Setelah itu, slot program diteruskan oleh Sensei
Hasnaol Hj. Liwangsa dari Shotoshinkai Sandakan yang mana telah mengandalikan
satu slot yang cukup penting dalam karate iaitu pergerakan asas (KIHON). Dalam
slot tersebut, beliau telah menyentuh beberapa aspek disiplin semasa latihan
dan bagaimana melakukan sesuatu pergerakan asas dengan betul.
Slot untuk latihan KATA
dikendalikan selepas itu oleh Sensei Alnadine Barri (SKA Sabah) dan KUMITE oleh
Sensei Somi (KOSK) sebelum majlis penutupan ringkas diadakan kemudiannya. Sesi
bergambar beramai-ramai dibuat sebelum proram berakhir lebih kurang jam 12.30
tengah hari pada hari tersebut. Aktiviti ini pada keseluruhannya telah berjaya
dianjurkan kerana mendapat kerjasama dan sokongan daripada 4 persatuan karate
yang ada di Sandakan. Diharap, program-program seperti ini dapat dilaksanakan
pada masa akan datang agar persefahaman dan perasaan saling hormat menghormati
di kalangan karate-ka sentiasa ada dalam diri setiap pelajar.