Sejak sekian kalinya berlatih setiap hujung minggu dan setiap malam untuk pelajar dewasa yang mengikuti latihan intensif, para pelajar dan jurulatih sebulat suara ingin mengadakan aktiviti riadah yang melibatkan semua ahli. Tarikh 29 September 2012 (Sabtu) telah dipilih untuk program berkenaan dan lokasi yang dicadangkan ialah Kolam Renang Kompleks sukan Sandakan.
Seawal pukul 7.00 pagi para pelajar telah berkumpul di perkarangan kompleks sukan meskipun waktu yang ditetapkan untuk berkumpul adalah pukul 7.30 pagi. Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar dan Jurulatih bergerak ke kolam renang dengan membawa pakaian masing-masing. Semasa di kolam renang, pelajar dewasa mendominasi keadaan kerana mereka merupakan pengunjung yang paling menonjol. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti mereka lakukan semasa berada di kolam renang.
Walau apapun aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut, objektif utama yang ingin dilihat oleh jurulatih adalah hubungan kekeluargaan antara ahli. Dengan aktiviti sebegini hubungan slaturrahim di antara pelajar diharap akan bertambah erat. Selain itu, aktiviti ini juga dibuat adalah untuk meningkatkan daya stamina serta mencergaskan semula anggota badan yang selama ini dihimpit kesakitan semasa latihan. Aktiviti kekeluargaan ini akan diadakan sekali sekala dan cadangan seterusnya adalah beriadah di Air terjun bakung-bakung.