Persatuan
Karate-Do Shotoshinkai Sabah yang baru sahaja mendapat kelulusan pendaftaran daripada Suruhanjaya Sukan pada 15 September 2011 telah menganjurkan seminar dan Ujian Kenaikan Tali
Pinggang pada 17 September 2011 di dewan arena belia sandakan, sabah. Seminar
dan ujian tersebut dikendalikan oleh Pengasas Persatuan Karate-Do Shotoshinkai
Malaysia iaitu Shihan Ridzuan Md. Zain.
Ketibaan
beliau di lapangan terbang Sandakan pada 16 September, lebih kurang pukul 9.00
malam bersama Sensei Chepto Hj. Sumadi, disambut dengan penuh kegembiraan oleh
Sensei Hasnaol Hj Liwangsa bersama beberapa orang pelajar Karate Shotoshinkai
Sabah. Kedatangan Shihan Ridzuan dan Sensei Chepto adalah kali pertama setelah Persatuan
Karate-do Shotoshinkai tertubuh di Sandakan, Sabah sejak awal Mac 2009 setelah
dicadangkan oleh Sensei Alnadine Barri kepada Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa.
Seawal
pukul 7.30 pagi, pada hari sabtu (17 September 2011) dua orang Jurulatih Shotoshinkai
Sabah dan seorang pelajar senior telah mengambil ujian pada hari tersebut.
Mereka ialah Sensei Hasnaol Hj Liwangsa yang mengambil Ujian Tali Pinggang
Hitam ke peringkat Tiga Dan (SANDAN), Sensei Alnadine Barri ke peringkat Dua
Dan (NIDAN) manakala saudara Abdullah Abd. Halil mengambil ujian ke peringkat tali
pinggang hitam pertama (SHODAN).
Acara
kemudiannya diteruskan dengan melakukan ujian kenaikan tali pinggang keatas
pelajar-pelajar karate Shotoshinkai Sabah yang bermula dari peringkat 10th Kyu sehingga ke 4th Kyu. Seramai 61 orang
pelajar telah menduduki ujian dan kesemua mereka lulus dalam ujian berkenaan.
Keputusan ujian diumumkan sendiri oleh Pengasas Shotoshinkai Malaysia, Shihan
Ridzuan Md. Zain di akhir seminar pada petang hari tersebut.
Pada
pukul 2.00 petang hari yang sama, acara disambung dengan mengadakan seminar
karate yang dikendalikan oleh Shihan
Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Pak Wan. Beliau banyak menyentuh mengenai KATA
dalam Shotokan. Hal ini termasuklah pergerakan yang betul dalam setiap KATA, stance, kihon dan juga aplikasi (bunkai) beberapa KATA pilihan beliau. Beliau
juga menerangkan sedikit tentang latar belakang beliau, pengalaman dalam Karate
dan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai sejarah kewujudan Shotoshinkai di
Malaysia. Dalam masa yang sama, beliau turut memperkenalkan dan mengambil
kesempatan dengan mengajar dua KATA terawal dalam Shotokan-Ryu iaitu Taikokyu Shodan dan Taikokyu Nidan. Kedua-dua kata ini menurut beliau merupakan
pergerakan asas bagi semua kata dalam Shotokan. Pada waktu tersebut, para
pelajar sangat teruja dan seronok apabila dapat mempelajari sesuatu yang
baharu, lebih-lebih lagi ianya dari Pengasas Shotoshinkai Malaysia sendiri.
Setelah
selesai, tiba giliran Sensei Chepto Hj. Sumadi untuk mengambil alih slot seminar
pada petang tersebut. Beliau memperkenalkan pergerakan asas dalam kumite. Antaranya teknik menyerang, teknik menunggu
dan mengacah lawan. Keseronokan dan semangat para pelajar untuk memberikan
perhatian dalam seminar tersebut semakin bertambah kerana Sensei Chepto pandai
mengambil hati pelajar dalam seminar kumite beliau. Sebelum seminar tamat, Pengasas
Shotoshinkai Malaysia menyampaikan Diploma 3rd Dan kepada Sensei Hasnaol
Hj. Liwangsa (Ketua Jurulatih Shotoshinkai Sabah), 2nd Dan kepada Encik
Alnadine Barri (Jurulatih Kanan Shotoshinkai Sabah) dan 1st Dan
kepada Senpai Abdullah Abd Halil.
Diploma 3rd DAN kepada Ketua Jurulatih, Sensei Hasnaol Hj. Liwangsa dari Shihan Ridzuan Md. Zain
Diploma 2nd DAN
Diploma 1st DAN
Sementara
itu, pada 18 September 2011 (Ahad) pula, Persatuan Karate-do Shotoshinkai Sabah
mengambil kesempatan di bulan syawal dengan menganjurkan Majlis Jamuan Raya
2011 bersama Shihan Ridzuan dan Sensei Chepto di dewan terbuka Sekolah
Kebangsaan Sung Siew Sandakan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibubapa pelajar
shotoshinkai dan jurulatih karate dari Kelab Karate KOI Sandakan, Encik Somi
Bin Abu Bakar.